Aku baru je balik daripada bercuti bersama keluarga di Tanjung Leman. Bagi yang tak tau kat mana tempat tu, dia terletak kat daerah Mersing. Korang bole tengok maklumat lanjut kat sini: MalaysiaSite
Perjalanan dimulakan pada pukul 9 pagi, sebab tempat tu cuma sejam setengah je daripada umah kitaorang. So, no rushing la... Kakak aku yg no 2 sediakan makanan, chalet disponsor oleh abang aku, kakak sulung aku & aku sponsor barang2 BBQ. So, bertolak la kami dengan penuh riang ria & gmbira gelana (bunyi macam cite kanak-kanak kan? hahaha....)
Kitaorang singgah sekejap kat bandar Kota Tinggi untuk breakfast. Menu breakfast - ikut selera my abah - tandoori! Hehehe.... selera dia memang macam tu, nak tak nak kena la ikut. Kalau tak silap, kitaorang makan kat Restoran Alif. Restoran tu dimiliki oleh orang dari keturunan Pakistan (sebab tu aku cakap selera abah aku, sebab ni la keturunan dia). menu istimewa restoran ni - Roti Nan & Puri. Memang kaw2 dia buat. Especially bila makan dengan kari, dhal & kima (daging hancur). Pergh......
~klik gambo untuk besarkan~1.
2.

1. Yang kat kanan tu, namanya roti nan. Yang kakak aku cicah tu namanya kima.
2. Ha, yg kat kiri tu namanya puri. Sedap woo....
Perjalanan diteruskan. Kami tiba di Pantai Tunjuk Laut, Tanjung Leman, pada pukul 12 tengah hari. Cuaca memang terik, tapi angin laut sejuk, jadi memang rasa selesa la jugak. Kami mula bentang tikar & susun makanan, sementara anak2 sedara aku dah salin baju nak mandi dah. Bebudak, biasa la, makanan memang diaorang x heran, yg dia nak sangat mandi laut je la....
Muka fresh lagi, sebab baru sampai.Makanan memang banyak kitaorang bawak. Ada nasi putih, nasi himpit, sambal goreng jawa, kari ayam, sambal kacang & rojak buah. Tu tak masuk lagi makanan sampingan, roti la, biskut la, jajan la.... Nak buat macam mana, dah semua family members kaki makan kan..... hehehe.........
~klik gambo untuk besarkan~
1.

2.

1. My siblings tengah sibuk preparing makanan.2. Makanan yang kitaorang bawak.Sementara kitaorang tengah siapkan makanan, bebudak semua dah masuk laut dah. My abah & mak terjerit2 la warning diaorang suruh hati2. Ye la, bebudak je yang ada kat laut tu, orang besar semua sibuk nak ratah makanan dulu. Hahaha.......
1.

2.
1. Anak sdara paling kecil, Nabilah x brani mandi. So dia main kat tepi je sorang2. Cian...2. Semua anak sedara seronok sakan mandi.Lepas mandi & makan, pukul 2.30 kami semua check in kat chalet. Well, area chalet dia memang sangat2 la nyaman. Sebabnya kitaoang pergi weekdays, jadi kurang sket orang kat pantai. Tapi bilik chalet full booking la. Semua chalet ada orang. Tapi suasana memang relax sangat.
Sekitar area chalet. Ada info counter, ada restoran, lebih kurang ada 20 biji chalet kat situ.
Ni bilik deluxe yang kitaorang booked. Memang selesa, sejuk & senyap. Suka lepak dalam bilik ni selalu. Hehehe.....Lepas mandi laut & check-in, memasing segarkan badan dengan mandi di bilik memasing. Lepas mandi, memang xde aktiviti, banyak yang tido sebab kepenatan drive tadi. Aku lak amik peluang me-release-kan tensen akibat tugasan aku yang bertibun kat rumah sana. Aku sorang2 lepak tepi pantai, tengok suasana laut sambil menghadap angin sepoi2 bahasa bertiup. Memang tenang woo..... mau tetido aku kat tepi pantai. hahahah.....
~klik gambo untuk besarkan~
1.

2.
1. Pemandangan dari tempat aku duduk dari tepi pantai.2. Aku menikmati ketenangan alam.... cewah!Petang tu, memasing dah ready untuk mandi - kali kedua. Bebudak dah siap dengan baju renang. Mak2 diaorang pun sama... x padan dah besau, mandi mengalahkan bebudak. Over! Hahahah..... Tapi memang enjoy bila dapat bergurau2 dengan anak2 sdara & adik beradik aku....
Wai meninggalkan kesan peninggalan kat situ. Tapi kejap je. Lepas tu air pasang semula, ilang semuanya. Cheh!Tengah mandi manda tu, tetiba ada bot datang kat kitaorang. Rupa2 nya suami cousin aku, Amy. Dia adalah menantu kepada mak usu aku. Diaorang tinggal di Felda Tenggaroh 3, x jauh pun dari pantai tu. Amy baru je balik dari mengail ikan kat laut. Dia offer untuk ajak kitaorang pusing2 area pantai naik bot.
Ini memang 1st pengalaman aku naik bot. X sangka rupanya seronok giler naik bot. Nampak lah keseluruhan area pantai tu. Cantik, memang cantik. Pemandangan laut pun cantik. Masa kitaorang hampir2 sampai ke jeti, ada nampak ikan tamban kecik lompat2 sana sini... ada jugak la 4, 5 ekor ikan sesat masuk kat bot kitaorang. Memasing jakun giler.... Hahahah......
Kami naik bot, terus masuk sampai ke muara, untuk parking bot. Kawasan muara tu memang agak sunyi sket la, sebab petang dah, orang xde kat situ lagi. Tapi macam mana pun, memang pengalaman yang paling menyeronokkan..... Teruja betul naik bot nih.
1. 1st group naik bot, kak ipar aku, laki dia & mak aku, serta half dari anak sdara aku
2. Kitaorang punya turn lak, 2nd group
3. Gambar sendiri kat dalam bot, yang belakang tu Amy, my cousin's husband
4. Gambar dengan akak sulung aku
5. Abang ipar aku pegang ikan tamban lompat2
6. Pemandangan pantai tujuk laut
7. Belakang bukit tu ada jeti untuk ke Pulau Sibu
8. Kitaorang masuk area parking bot kat muara.
Malam tu, kitaorang adakan BBQ. Jadi semua berkumpul kat tepi pantai, sambil bakar udang & ayam yang kitaorang bawak. Mak Usu aku pun turun sama dengan 1 family dia, siap bawak makanan. Kitaoang memang enjoy sangat berborak & ngumpat2 malam tu. Sampaikan x sedar jam dah 12 tengah malam (tu la, seronok sangat ngumpat, hahaha....)

Bila dah siap kemas2 area BBQ, kami semua masuk tido, kecuali abang ipar & abang aku yang sibuk memancing tepi pantai malam2 buta. Dapat la jugak ikan seko dua.... hehehe.... Esoknya, pukul 12 tengah hari, kitaorang check out dari situ, then memasing siap2 untuk balik ke rumah memasing.
It was a great holiday for all of us, especially yg bebudak tu la. Gathering yang memang xkan kitaorang lupakan sampai bila2.... We'll gonna do more next time, Insyallah.