Neobux

Friday, May 15, 2009

Bad Day..... Bad Day....


Hari ni merupakan hari yang paling x baik untuk aku. No good karma in my life for today....
Aku x suka bila ada masalah @ sedih sebab ini akan menjejaskan diri aku.

Bangun Pagi --> terjaga disebabkan bunyi bising. Ramai sangat orang datang umah aku pepagi. Aku bangun tido, tensen --> aku makan sarapan banyak2 untuk release tension.

Sebelum Sembahyang Jumaat --> bukak internet problem, pastu dapat email ntah ape2... lepas tu sorang2 kengkawan aku msg kat ym & phone, ada masalah itu dan ini. Tensen --> aku makan tengah hari banyak2 untuk release tension

Selepas Sembahyang Jumaat --> contractor call suruh settingkan meeting dgn Tan Sri. Kepala aku makin ligat pusing. Contractor cakap A, Tan Sri lak cakap B. Adoi.... mana nak arrange nih? Tensen --> aku grab dunkin donut anak sedara aku. Abis 2 biji aku telan dengan kopi-o.

Petang --> dapat call dari bank. Bad credit call. Loan kereta x lepas, kena setel itu ini. Pastu akak aku lak bebel. Tensen --> aku makan jemput2 yang mak aku buat, hampir 70% aku habiskan.

Malam ni --> kawan aku tau aku kena bad day arini. Dia call aku cakap ajak aku hang out kat kedai makan. Makan2 roti canai & pekena teh --> Makan lagi.......


Sebab tu la aku x suka kalau ada masalah..... mesti kuat makan. Akhirnya diriku menjadi kurang comel & hensem. Turun 1 bintang..... waaa........!!!!

0 comments: